Perkara tersebut diumumkan pengguna laman sosial dikenali sebagai Mazril Mazlan yang juga pelancar petisyen, menerusi sebuah kemaskini semalam (Ahad).
Menerusi kemaskini tersebut Mazlan berkata dia membuat keputusan untuk memadam petisyen tersebut kerana petisyen tersebut telah mencapai target dan selesai.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/vivy-yusof-petisyen-letak-jawatan-(1).jpg)
Terdahulu, warganet telah melancarkan petisyen sebagai tanda protes terhadap Vivy yang didakwa menghina golongan B40 dan M40.
Petisyen tersebut juga diwujudkan untuk mengajak orang ramai terutama golongan B40 dan M40 memboikot Vivy yang juga Pengasas Fashion Valet dan Duck Group.
Petisyen ‘Drop Datin Vivy Yusof as UITM board member & choose an alumni’ telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna laman sosial sejak ia dilancarkan. -gempak.com-