,

(Video) Jawapan Mulia Seorang OKU Ketika Diberi Bantuan, Buat Netizen Terharu


Tular di media sosial baru-baru ini seorang ayah yang patah kaki hampir 10 tahun terpaksa menggunakan kerusi roda (wheelchair) untuk bergerak melakukan aktiviti harian.

Lebih menyentuh perasaan, dia setia ditemani oleh anak lelakinya yang berumur tujuh tahun.

Perkongsian itu dibuat oleh seorang sukarelawan di Twitter yang ketika itu bersama rakan-rakannya memberi sumbangan kepada gelandangan ketika wabak Covid-19 melanda.

"Dah 10 tahun kaki patah, anak berumur 7 tahun yang menolak ke sana ke sini.

"Tulang dah patah, besi yang menggantikan tulang pun dah patah. Tunggu 'wheelchair' je patah," tulisnya.




Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian netizen adalah jawapan seorang ayah ketika diberi bantuan makanan.

Anak: “Cukup ke bah?”

Abah: “Eh cukuplah, bagilah orang lain pula ramai lagi tak dapat."

 
Dah 10 tahun kaki patah, anak berumur 7 tahun yang menolak kesana kesini.
Tulang dah patah, besi yang menggantikan tulang pun dah patah. Tunggu wheelchair je patah.

Anak: “Cukup ke bah?”
Abah: “Eh cukup la, bagi la orang lain pula ramai lagi tak dapat.”

😢💔
37.7K people are talking about this


Menjengah reaksi warga Twitter, rata-rata warganet tersentuh mendengar jawapan yang diberikan kerana masih memikirkan orang lain walaupun dirinya berada dalam kesusahan.

"Dia susah jadi dia tahu apa perasaan bila orang dok makan berhari hari.

"Dulu bapa dia yang berkorban nak besarkan dia sekarang anak dia yang jaga dia.. Besar pahala kau dik.. Tentu ayah kau bangga dapat anak macam kau.. Simple things but very meaningful.

"Pakcik ni sangat sangat bersyukur dengan apa yang dia ada. Kita bila lagi? Fikir-fikirkanlah.

"Jangan lupa untuk tengok video ni lagi hari ni sebagai muhasabah diri masing-masing," antara komen-komen yang ditinggalkan. -gempak.com-