,

Sebanyak 70 Vaksin Telah Dibangunkan, Satu Daripadanya Telah Memasuki Fasa Kedua


Bulan lalu, kajian untuk menilai keberkesanan vaksin COVID-19 telah pun menjalani percubaan pertama.

Vaksin yang dihasilkan telah disuntik kepada peserta atau sukarelawan



Namun, laporan terbaru dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati sehingga kini sudah ada 70 vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh berbagai institusi dari pelbagai negara.

Daripada jumlah ini, tiga vaksin telah diuji pada manusia.


Difahamkan, satu daripada tiga vaksin ini sedang dalam proses klinikal dan telah memasuki fasa kedua.

Dua lagi vaksin masing-masing dibangunkan oleh dua institusi dari Amerika Syarikat, iaitu Moderna dan Inovio Pharmaceuticals.

Biarpun mengambil sedikit antara setahun hingga 18 bulan untuk vaksin ini siap sepenuhnya, namun diharapkan ia mampu untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber: Bloomberg