,

Risteena Rindu Nak Makan Bersuap Dengan Isa Khan


Pelakon Risteena Munim meluahkan rasa kerinduan terhadap tunangannya, Isa Khan untuk makan bersama.

Lebih romantis dan membuka selera Risteena seandainya ada yang sudi menyuapnya makan.

"Haih! Rindu nak makan-makan lagi. Kalau kena suap lagilah tambah selera makan.

"Memang tak risau langsung berat badan naik sebab minum Lovit boleh buat berat badan cepat turun," kata Risteena.







Pelakon filem Blok 404 itu turut memuat naik foto mesranya disuap Isa ketika menjamu selera bersama-sama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pasangan itu sering menjadi tumpuan ramai menerusi pelbagai aksi romantis antaranya memotong kuku dan dicucikan kaki.

Malah, baru-baru ini Risteena turut mengirimkan Isa makanan menggunakan perkhidmatan Grab bagi melepas rindu.

Risteena, 30, dan Isa, 26, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia. -gempak.com-