Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19, memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), petang tadi.
Perkara itu diumumkan pengurusnya, Iman Tang melalui Instagram (IG) Story, sebentar tadi.
Dalam perkongsian itu, Iman memohon peminat berdoa urusan pendaftaran dan proses rawatan pelakon itu dipermudahkan.
“Syukur alhamdulillah, Puteri nampak sihat. Dia sempat menghantar foto dan beritahu sedang dalam ambulans dan dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.
“Sama-sama kita doakan semoga Puteri selamat dalam perjalanan dan segala urusan pendaftaran di hospital... Insya-Allah,” katanya.
Entri itu memaparkan foto pelakon filem Pulang itu dalam ambulans. Puteri Aishah dilihat memakai blaus merah jambu, bertopi dan mengenakan topeng muka.
Ketika dihubungi, Iman berkata, dia masih menunggu perkembangan terkini daripada artis jagaannya itu.
Semalam, Puteri Aishah atau nama sebenar, Puteri Aishah Sulaiman disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras.
Aktres berusia 25 tahun itu adalah antara enam tenaga kerja pasukan produksi drama Demi termasuk pengarah, Rahila Ali, yang disahkan positif COVID-19.
Sebelum ini, produksi drama itu menjalani penggambaran di Inverness, Scotland dan pulang ke tanah air 31 Mac lalu.

SUMBER : BH