Semakin ramai yang ingin berbakti kepada wira negara yang bertungkus-lumus tanpa mengira masa memerangi wabak pendamik itu.
Baru-baru ini menerusi laman Twitter, seorang anak muda berhati mulia menawarkan khidmat membaiki kasut secara percuma buat petugas barisan hadapan.
Dikenali sebagai Abdul Ghafur, pemuda ini mengakui inilah salah satu cara bagi dirinya untuk menolong meringankan beban petugas barisan hadapan.
“Untuk jururawat, doktor, polis dan petugas barisan hadapan yang berada du MELAKA, saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk membaiki kasut semasa RMO. Manakala bagi luar kawasan Melaka, anda hanya perlu membayar untuk servis penghantaran sahaja.
“Saya tidak tahu untuk menolong anda tapi inilah yang saya dapat lakukan buat anda semua. Terima kasih,” tulisnya
8,512 people are talking about this
Tidak kurang juga ada yang menganggap Ghafur sebagai penyelamat petugas barisan hadapan.
206 people are talking about this
credit to gempak.com