,

Pengacara Iesya Toh Ajak Masyarakat Berjuang Putuskan Rantaian COVID-19


Pengacara Iesya Toh reda seandainya tidak dapat menyambut Aidilfitri seperti biasa tahun ini.

Menurut Iesya, dia amat merindui keluarganya di kampung halaman, namun semangat untuk berjuang menghapuskan rantaian wabak COVID-19 adalah lebih penting.

"Saya tahu rakyat Malaysia dah tak sabar nak balik raya, sudah jadi budaya kita ziarah menziarahi.

"Kita kena sama-sama putuskan rantaian COVID-19 ini, sebab itulah saya tak kisah dan reda jika tak dapat raya tahun ini.

"Yang penting kita sama-sama berjuang, bukan sahaja petugas barisan hadapan yang berjuang dan kita buat tak tahu sahaja, kita rakyat Malaysia ada tanggungjawab kita," katanya dalam sebuah video yang dikongsi di Instagram.

Dalam pada itu, Iesya turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih tidak patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara kita.




"Kenapa susah sangat kita nak patuh PKP? Kalau anda rindu ibu bapa anda, saya pun rindu keluarga saya.

"Virus ini tidak bergerak, yang bergeraknya kita, jadi kenapa kita nak bergerak lagi, kenapa tak patuh dengan arahan kerajaan?" katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Iesya di ruangan komen.

Rata-rata mereka turut bersetuju dengan pendapat yang disuarakan Iesya dalam video tersebut.

 
gempak.com