,

Nora Danish Tulis Ucapan Istimewa Buat Zizan


Pelawak dan pengacara Zizan Razak menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36 hari ini.

Aktres Nora Danish mengambil peluang menulis ucapan istimewa buat rakan industrinya itu.

Menurut Nora, Zizan sering menceriakan dirinya, dia juga mendoakan kebaikan buat Zizan.





"Inilah kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! Banyak pahala dia ni sebab selalu buat orang gembira, Insya-Allah, Alhamdulillah.

"Happy birthday my friend, semoga apa yang dihajati tercapai tidak lama lagi, semoga Allah murahkan rezeki berlipat ganda lagi, semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan paling penting buat masa ini, semoga jumpa jodoh yang paling sesuai dan serasi buat awak," tulis Nora di Instagram.

Dalam pada itu, Nora juga memuji kebaikan Zizan dan berseloroh mahu menjadikan pelawak itu sebagai adik iparnya.

"Kalau saya ada adik dah lama kahwinkan dengan awak Zizan, awak seorang yang baik, take care Zizan, stay safe," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat Zizan.


-gempak.com-