Lebih mengujakan, kata Nina, dia kini mampu membacakan buku-buku cerita yang disimpan lebih 20 tahun itu kepada anak sulungnya, Muhammad Aaryan Ar-Rizqin.
"Membacakan anak saya salah satu buku kegemaran saya 20 tahun lalu.
"Semasa saya kecil, saya suka beli buku. Saya seorang pengumpul buku, saya seorang pembaca. Waktu peperiksaan, orang sibuk ulang kaji untuk peperiksaan esok hari, tapi saya sibuk nak habiksan buku cerita.
"Saya sayang semua buku sebab itu tidak pernah berikannya kepada sesiapa kerana saya selalu pasangkan niat untuk berikan kesemuanya kepada anak saya," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Nina berkongsi video dirinya yang sedang membacakan buku cerita kegemarannya kepada anaknya.
"Saya simpan baik dalam kotak untuk bertahun-tahun lamanya. Hanya sewaktu saya sarat mengandung, saya sibuk cari balik semua buku yang pernah saya simpan di dalam stor kerana mahu bacakannya kepada Rizqin," katanya.
Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah, Mohd. Azlan Adzanan pada April tahun lalu.
Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung yang kini menginjak usia empat bulan.-gempak.com-