Bagaimanapun, perkongsian Intan yang mengajak semua orang memberikan duit sumbangan menerusi akaun bank miliknya mengundang rasa kurang senang netizen.

Malah, ada netizen mendakwa tindakan melakukan crowfunding atau pembiayaan melalui orang ramai merupakan satu kesalahan jika tidak mempunyai lesen untuk melakukannya.

Kata netizen itu lagi, meskipun niat Intan itu baik tetapi pelakon itu boleh sahaja memberi sumbangan melalui tabung yang sudah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Tidak kurang juga, ada netizen mempersoalkan adakah benar wang itu akan disalurkan kepada pihak sepatutnya. Tidak hanya berdiam diri, Intan mempertahankan tindakannya itu serta kmeminta agar individu berkenaan tidak mementingkan diri.


SUMBER
BEAUTIFULNARA