Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri tumpuan wargamaya apabila namanya dicadang sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menggantikan Datin Vivy Yusof.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @farhuntfadil berkongsi latar belakang Rizalman yang merupakan graduan seni lukis dan seni reka (fesyen) UiTM.
“Lepas ni Lembaga Pengarah UiTM tukar lah Vivy Yusof tu pergi ke Dato Rizalman Ibrahim. Ni baru betul the REAL alumni dan betul-betul respect dan seorang figura berjaya,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.

Lepasni Lembaga Pengarah Uitm ni tukar lah Vivy Yusof tu pergi ke Dato Rizalman. Ni baru betul the REAL alumni and betul-betul respected and successful figure lah
9,626 people are talking about this
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya menyokong cadangan tersebut dan mengharapkan pihak UiTM mempertimbangkan cadangan mereka.
“@uitmofficial tolong pertimbangkan cadangan Ahli Lembaga Pengarah ni. Tolonglah ambil seseorang yang banggakan nama negara, ada sikap dan reputasi yang baik daripada seseorang yang selalu ada gosip dan rendahkan orang lain,” luah seorang wargamaya.
“Dah lama dah rasa tak adil. Dato Rizalman Ibrahim dah jadi alumni UiTM,” kata seorang wargamaya.
“What? Sebelum ni mereka tak nampak ke Rizalman macam mana dalam industri fesyen tempatan?” tanya seorang wargamaya.
“Dato rizalman tak main politik. Kalau tak lebih dari tu dia boleh dapat, dia BFF Raja Permaisuri Agong kot,” kata seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Vivy menerima lantikan jawatan berprestij itu daripada Kementerian Pendidikan pada Mei 2019. -gempak.com-