,

Ketua Polis Negara Beri Amaran, PKP Lanjut Hingga Jun Jika Rakyat Degil


Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan akan diteruskan hingga bulan Jun jika sikap rakyat yang masih ingkar dengan arahan duduk di rumah.

Memetik laporan Harian Metro, beliau memberikan peringatan jika mereka terus berdegil dan kes jangkitan COVID-19 semakin bertambah.

“Hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.





“Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP, ” katanya kepada Harian Metro.

PKP fasa ketiga yang akan bermula esok adalah waktu kritikal dalam usaha negara menghapuskan wabak Covid-19.

PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehinga 28 April dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Ketika ini PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi menguatkuatkuasa PKP.

Sumber: Harian Metro