LONDON: Empat doktor beragama Islam di United Kingdom antara barisan hadapan yang meninggal dunia selepas dijangkiti pandemik Covid-19.
Al-Jazeera melaporkan, empat doktor berkenaan Alfa Sa'adu, Amged el-Hawrani; Adil El Tayar dan Habib Zaidi daripada keturunan Afrika, Asia dan Timur Tengah.
Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Muslim British, Dr Salman Waqar berkata, sumbangan doktor berkenaan tidak dapat diukur.
“Mereka pakar pelbagai pengkhususan, doktor kanan yang komited dan berdedikasi untuk komuniti dan pesakit mereka.
“Mereka terkorban ketika melawan penyakit ini. Kami mendesak semua orang melakukan bahagian mereka dan menghentikan kematian lagi dengan hanya duduk dalam rumah,” katanya.
Memandangkan negara ini kekurangan kakitangan perubatan di tengah pandemik setakat ini, jumlah kematian direkodkan 2,352 orang dan dijangkiti 29,474 mengikut angka kerajaan.
SUMBER : HMetro