,

Inilah Antara 7 Negeri Tiada Pertambahan Covid-19


TUJUH negeri menunjukkan tiada pertambahan kes baharu positif Covid-19 dengan kawasan zon merah masih kekal 30 kawasan setakat jam 12 tengah hari semalam.

Menerusi infografik dikongsi oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menunjukkan Kedah kekal dengan 94 kes, Perlis (18), Pulau Pinang (119), Perak (252) Negeri Sembilan (405), Kelantan (155) dan Terengganu (109).

Sementara itu, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,343 kes meliputi daerah Hulu Langat dengan 446 kes kumulatif, Petaling (375), Klang (173), Gombak (144), Sepang (70) dan Kuala Selangor mencatatkan 50 kes.




Manakala Kuala Lumpur mencatatkan 1,004 kes dengan Lembah Pantai kekal menjadi kawasan mempunyai kes tertinggi iaitu 628 kes dicatatkan berbanding 613 kes kelmarin diikuti Kepong dengan 157 kes, Titiwangsa (134) dan Cheras 85 kes kumulatif.

Selain itu, kawasan zon merah di Melaka Tengah menunjukkan peningkatan kes kumulatif mendadak iaitu 88 kes berbanding 51 kes kelmarin iaitu bertambah 37 kes.

Kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; Matu, Mukah, dan Lawas, Bau di Sarawak.

Keseluruhannya terdapat 5,389 kes berbanding 5,305 sehari sebelumnya.

sumber : HMetro