,

Iesya Toh Bandingkan Pematuhan PKP Rakyat Malaysia Dengan Luar Negara


Pengacara Iesya Toh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih ingkar pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Perkara itu diluah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Di entri itu, Iesya ada berkongsi beberapa foto di luar negara menunjukkan jalan raya yang lengang tanpa kenderaan.

"Sebab itu jangan tanya kerajaan bila nak habis PKP! Kalau kita patuh, disiplin, usaha ikut arahan, pasti Allah akan bantu kita untuk banteras wabak ini.


"Tengok beza di Malaysia! Jangan kata lain lah, tu yang suka buat kontroversi sana sini, cubit anak angkat untuk raih simpati, slumber je upload berjalan lebih 10 km bersama family!" tulis Iesya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Iesya turut mengatakan perbuatan rakyat yang degil akan memberi kesan kepada golongan yang mematuhi arahan PKP.




"Korang yang degil, kita yang patuh arahan terkesan! Kami juga rindu family! Rindu Umi, rindu adik-adik," tambahnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Iesya turut bersetuju dengan pendapat yang disuarakannya itu.

Rata-rata mereka juga berasa kesal melihat jumlah kenderaan di jalan raya setakat ini.



gempak.com