,

Digelar Artis Porno, Zarina Anjoulie Tempelak Balik Zed Zaidi


Pulangkan paku buah keras, itu tindakan pelakon Zarina Anjoulie kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi ekoran penyebaran foto tidak senonoh miliknya.

Kata Zarina, situasi yang terjadi kepada Zed itu disifatkan seperti karma.

"Bertabah Abang Zed, rasa macam baru semalam korang panggil aku artis porno. Allah bayar cash," tulisnya di Instagram.





Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju turut memuat naik paparan skrin judul sebuah portal tempatan mengenai isu sensasi Zed Zaidi yang tular baru-baru ini.

BACA: Kecoh Gambar Tak Senonoh Viral, Zed Zaidi Buka Mulut!

Pergeseran antara Zarina dan beberapa artis dari Persatuan Seniman Malaysia mulai tercetus selepas kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat awal April lalu.

Perkara itu menarik perhatian beberapa artis tempatan untuk mengulas mengenai situasi kewangan semasa mereka yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Keselamatan (PKP).

Situasi semakin melarat apabila Anju mulai bersuara dan media sosial menjadi medan sindir menyindir sesama artis.