,

Kecoh Gambar Tak Senonoh Viral, Zed Zaidi Buka Mulut!


Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi tampil mengulas mengenai penyebaran foto tidak senonoh miripnya yang tular di laman sosial sejak Selasa.

Kata Zed, dia sudah bersiap sedia berdepan situasi sebegini apatah lagi namanya dan Seniman kini dikecam hebat.

"Yang saya tahu, itu bukan saya.

“Mereka boleh buat apa saja kerana mereka adalah penggodam atau ‘hackers’.

"Saya sudah bersiap sedia sejak sekian lama dan saya anggap ini sebagai cabaran dalam perjuangan saya untuk industri dan anak seni," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, jika dia berkeras meyakinkan bahawa individu dalam gambar itu bukanlah dirinya, netizen tidak akan percaya lebih-lebih lagi dalam tempoh krisis hebat antara netizen dengan artis yang berlaku sekarang.

"Dalam masa sekarang, apa saja yang kita cakap, orang takkan dengar. Kalau saya cakap itu bukan saya pun, orang takkan percaya.

"Pada saya, ini bukan perkara baru kerana sejak awal pembabitan saya dalam industri hiburan, sudah ramai orang yang mengecam bahkan ada yang mengugut.

"Itu semua adalah untuk kita menambahbaik diri kita. Kalau semua orang terlalu memuji, itu sudah membodek," katanya.

Gambar itu mulai tular sejak pagi Selasa dan mula diperkatakan mengenai individu yang mirip dengan Zed dari segi wajah dan bentuk tubuh.

Nama Zed dan Seniman juga masih menjadi buah mulut ramai selepas menyenaraikan beberapa cadangan untuk Bantuan Covid-19 Penggiat Seni 2020 baru-baru ini.

Malah, terbaharu tercetus pula perselisihan faham dengan seorang pelakon wanita kontroversi hingga membabitkan pihak berkuasa.


Sumber: Harian Metro