Niat hanya untuk berkongsikan duit belanja yang diberikan oleh anaknya di Instagram, bagaimanapun perkongsian ibu kepada Hanis Zalikha iaitu Nani Rostam mengundang kecaman netizen apabila ada yang menyifatkan tindakannya seolah mahu menunjuk dan riak.
Menerusi perkongsian itu, ibu Hanis Zalikha memberitahu anaknya itu memberi wang belanja kepadanya setiap bulan serta mendoakan anaknya itu dimurahkan rezeki. Ibunya turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Bagaimanapun, ada segelintir menyifatkan tindakan individu yang menularkan posting berkenaan kerana bersifat dengki dan iri hati. Kata netizen lagi, tiada salahnya tentang perkongsian tersebut kerana itu adalah luahan hati ibu buat anaknya.