,

HEBAT! #HappyBirthdayDGNoorHisham Trending Di Twitter Semalam!


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meraikan ulang tahunnya yang ke-57 pada hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, agensi berita Bernama memuat naik sebuah video Dr. Noor Hisham untuk tatapan umum.

“Bersempena dengan ulang tahun saya pada 21 April, hadiah istimewa untuk saya adalah kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” katanya menerusi video tersebut.




 

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Dr. Noor Hisham dan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dianggap sebagai hero dalam usaha menentang wabak COVID-19 kelihatan ceria dan tersenyum.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham trending nombor satu di Malaysia apabila wargamaya memberikan ucapan hari lahir dan penghargaan kepada Ketua Pengarah kelahiran Sepang itu.

“Semua rakyat Malaysia sayangkan Datuk Dr. Noor Hisham Adbullah.#KKM #HappyBirthdayDGHisham #57,” tulis seorang wargamaya.

“Birthday DG Hisham trending kat Twitter macam artis. Biasa fans KPop yang selalu trendingkan birthday idola mereka. Tapi memang wajib pun trending sebab dia lebih daripada artis, dia adalah hero kita. #HappyBirthdayDGHisham . Semoga Allah merahmati dan memberkati anda selalu,” pinta seorang wargamaya.

“Selayaknya! Happy birthday to you, terima kasih atas segala perkhidmatan yang diberikan. #HappyBirthdayDGHisham,” ucap seorang wargamaya.

“Selamat ulang tahun ke-57 buat hero Malaysia, DG Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Terima kasih di atas semua usaha, sumbangan dan pengorbanan kepada negara. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan dan jasa Dr. Dalam setahun juga DG kita akan pencen, sedih. #HappyBirthdayDGHisham,” luah seorang wargamaya lagi.

Selain daripada dihujani ucapan hari lahir dari rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham turut menerima penghargaan apabila dinobatkan sebagai tiga doktor terbaik di dunia dalam menanangi wabak COVID-19 oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network.

Dua lagi doktor yang tersenarai adalah Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand. -gempak.com-