,

Derma Tudung Jenama Percuma Bernilai RM255,000 Dari Vivy Yusof Kepada 1,700 Frontliners!


Usahawan popular, Vivy Yusof mendermakan sebanyak 1,700 helai tudung daripada koleksi jenamanya kepada barisan petugas hadapan yang berhijab.

Menurut Vivy, dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan khusus kepada golongan frontliner muslimah selepas menerima banyak mesej daripada orang ramai berhubung keperluan tudung dalam melaksanakan tugasan mereka.

"Saya menerima banyak DM (mesej peribadi) untuk membantu frontliners dengan keperluan hijab mereka dan saya tidak boleh berdiam sahaja.

"Ini merupakan cara paling cepat saya boleh bantu mereka. @theduckgroup mendermakan sejumlah 1,700 tudung dUCk (100% cotton , jadi ia tidak akan membuatkan mereka berasa panas) bernilai RM255,000 kepada frontliners," katanya menerusi satu entri yang dikongsikan di Instagram.







Menurut Vivy lagi, sumbangan tersebut disalurkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan IKRAM Malaysia.

"Hari ini sumbangan itu diterima oleh Dr. Siti Noor Munirah Ibrahim. Terima kasih kerana membantu kami dan harap anda akan mengedarkan sebaik mungkin. We love you frontliners! Harapnya dUCk ini akan menceriakan anda semua ketika waktu getir ini," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata memuji Vivy dengan mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang cukup bermakna dalam membantu golongan frontliners.

Terdahulu, Vivy turut membuka peluang membantu peniaga makanan untuk menggunakan platform website Fashion Valet untuk menjual produk makanan sepanjang bulan Ramadan secara percuma.

BACA: Bantu Peniaga Makanan, Vivy Yusof Buat Bazar Online Secara Percuma Sepanjang Ramadan

Sebelum ini, Vivy pernah menerima kecaman netizen apabila pandangannya untuk memperjuangkan nasib golongan usahawan industri kecil sederhana disalah erti. -gempak.com-