,

HARAM! Ustaz Ebit Lew Kongsi Gambar Keluarga Miskin, Ustaz Abu Syafiq Hukum Haram


Terkenal dengan sikap pemurah dan suka membantu masyarakat tanpa mengenal bangsa dan agama, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew sering kali mendapat perhatian warganet.

Apatah lagi dengan keadaan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai yang putus mata pencarian. Ebit Lew salah seorang individu yang paling ‘kedepan’ dalam membantu golongan yang terjejas ini.

Terbaru menerusi hantaran di Facebook, Ebit Lew telah berkongsi tentang kedaifan sebuah keluarga yang menyentuh hati ramai.




Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis.

Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat…Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah..

“Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu.

“Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.

“Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.

“Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.

“Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali.

“Pakcik yang str0oke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.

Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah.






”Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum.

“Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum. Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.” tulis Ebit Lew.

Reaksi tidak disangka oleh Ustaz Abu Syafiq

Bagaimanapun, perkongsian Ebit Lew tersebut mendapat reaksi tidak dijangka oleh seorang pendakwah bebas bernama Ustaz Abu Syafiq.

Abu Syafiq yang juga aktivis Persatuan Ahli Sunnah Waljamaah (AWSJ) telah memuatnaik satu status di Facebook beliau dengan menulis;

”Meletak gambar dan video orang miskin yang susah sehingga memalukan dia adalah aib, haram!”





Meskipun tidak dinyatakan dengan jelas kepada siapa ia ditujukan, namun berdasarkan komen warganet, rata-rata berpendapat kata-kata tersebut ditujukan kepada Ebit Lew.

” Kami xnampak pd aib mereka, tp sebaliknya kepada keperihatinan ust Ebit lew & rakyat malaysia yg sudi sama-sama membantu wang ringgit,walaupun xbanyak..” tulis Anep

” Ustaz cuba renung wajah Ustaz Ebit, fikirkan apa yang telah dia buat, bayangkan kelesuan wajahnya, kepenatan badannya,” tulis Syafiqa



Sumber : MU / Utusan.Rimbabara /Musangviral