Fazley berkata, ia satu penyeksaan apabila terpaksa mengasingkan diri selama 14 hari selepas setengah bulan terpisah kerana tuntutan kerja di Singapura.
“Akhirnya saya pulang. 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta keluarga adalah satu penyeksaan jiwa!
“Terpisah kerana kerja dan #selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan.
“Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat,” tulisnya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Pemilik Restoran Suka Sucre Bistro terpaksa mengasingkan diri atau kuarantin selama 14 hari sebagai mengambil langkah berjaga-jaga dari penularan wabak COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran program masakan di Singapura.
Menerusi entri tersebut, Fazley memuat naik rakaman video saat dia pulang ke rumah dan memeluk ahli keluarganya buat kali pertama selepas 30 hari terpisah.
Suasana sebak dan pilu itu turut menyelebungi pengikutnya di IG yang turut mengalirkan air mata.
“Kenapa air mata saya meleleh juga ni.
“Sedih betul tengok.
“Saya pun menangis..” komen antara pengikutnya.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007 dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.
credit to gempak.com