Pelakon dan pengacara popular Neelofa melakarkan sejarah apabila program santai kelolaannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan menerima kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Direncanakan bermula jam 11 pagi, temu bual #BerseoranganBersama itu diawalkan setengah jam atas faktor tertentu.
Bersiaran selama hampir 30 minit, rata-rata soalan yang diajukan Neelofa kepada Tun M diambil daripada soalan-soalan yang dikemukan oleh peminatnya di laman Instagram.
Antara perkara lain yang dibualkan oleh mereka adalah nasihat Tun M kepada peniaga atau usahawan kecil dalam menghadapi cabaran COVID-19 dan juga apa yang Malaysia perlu lakukan dalam mengekang penularan wabak berkenaan.
Sementara itu, Tun M turut memberitahu mengapa beliau gemar membawa buku nota kecil bersamanya.
Hal ini kerana, menurut Tun M, kita mungkin boleh terlupa apa yang ada di fikiran.
Tetapi, apabila kita menulis, kita akan sentiasa ingat tentang perkara-perkara tertentu.
Tun M turut memberikan nasihat supaya rakyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
“Kita negara yang sangat bertuah, kita kurang kena bencana alam sebab kita di kelilingi oleh Indonesia dan Filipina yang sentiasa menjadi benteng terhadap musibah.
“Jadi, apabila kita diserang COVID-19, kita kena bersatu hati, jangan panik dan melihat semua dengan positif. Sentiasa mendengar arahan pihak berwajib, dan jaga disiplin,” nasihat beliau.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai idea penghasilan program bual bicara mini di Instagram Live ini, Neelofa mempunyai jawapan tersendiri.
“Saya berasa terpanggil untuk membantu Malaysia dalam memerangi COVID-19. Selain bantuan kewangan, saya rasa kita juga perlukan suara yang sentiasa mengingatkan dan memberi info berguna kepada rakyat Malaysia, mengenai apa yang boleh kita lakukan secara bersama, dalam memastikan kita mampu mengatasi masalah ini secara total.
“Insya-Allah, jika berpeluang, saya akan perbanyakkan lagi sesi sebegini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya menutup perbulaan.
Untuk rekod, sesi bual bicara antara Neelofa dan Tun M menerima 85,000 tontonan pengguna di laman Instagram.
Terdahulu, #BerseoranganBersama turut menampilkan selebriti gred A dalam dan luar negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Rossa dan Nora Danish. -gempak.com-