Pasti ramai masih ingat lagi kontroversi terpalit Fatin Afeefa yang didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang. Bagaimanapun, isu tersebut senyap selepas Fatin menafikan sekeras-kerasnnya dakwaan tersebut.
Nampaknya Fatin sekali lagi didakwa mengganggu suami orang, yang juga merupakan lelaki sama pernah dikaitkan dengan kontroversi terdahulu apabila isteri kepada lelaki berkenaan membuat pendedahan di laman Twitter.
Wanita yang menggunakan nama Mag itu mendakwa Fatin tidak pernah berhenti menggangu suaminya. dan masih hangat memadu asmara. Malah, dakwa wanita itu lagi Fatin tidak berhenti untuk menghancurkan rumah tangga mereka
Wanita tersebut turut meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui mereka mengetahui mereka masih lagi berhubung secara sulit. Wanita itu mendakwa, Fatin pernah meminta suaminya datang untuk ke rumah pada jam 2 pagi.
Wanita itu menyifatkan Fatin seorang yang ‘kuat mengugut’ kerana pernah mengatakan mahu membunuh bunuh diri sekiranya suaminya itu tidak menjawab panggilan telefon. Tidak cukup setakat itu, wanita itu turut memuat naik bukti perbualan Fatin bersama suaminya.
Tidak pasti bila agaknya kontroversi rampas suami orang ini akan berakhir. Apa pun diharap Fatin dapat tampil memberikan penjelasan disebalik pendedahan ini dan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik.
SUMBER
BEAUTIFULNARA