Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mendedahkan perancangannya untuk ke Jakarta, Indonesia terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak COVID-19.
Kata Uyaina, dia sepatutnya terbang ke sana pada 20 April ini untuk menerima tawaran menjadi hos.
"Disebabkan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, saya terpaksa membatalkan perancangan itu.
"Saya mahu ke sana kerana menerima tawaran mengacarakan sebuah program Ramadan di salah sebuah stesen televisyen Indonesia.
"Jika tidak, tahun ini akan menjadi tahun ketiga saya menjalani ibadah puasa di Indonesia," katanya.
"Insya-Allah, kalau penularan pandemik ini berjaya diatasi, saya bakal ke Jakarta pada penghujung tahun ini untuk menjadi pengacara di sana.
"Tetapi, semuanya bergantung kepada keadaan semasa. Apa yang penting sekarang, saya mendoakan agar semuanya segera berakhir dan buat masa ini, saya memohon agar semua pihak memberikan kerjasama untuk mengekang wabak ini," katanya lagi. -gempak.com-