,

COVID-19: Raja Permaisuri Agong Masak Sendiri Makanan Untuk Staf Hospital Sungai Buloh & HKL


Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian wargamaya apabila mencemar duli memasak bagi petugas-petugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Menerusi laman sosial Twitter, puteri keempat baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah berkongsi beberapa keping foto untuk tatapan umum.

“Makanan untuk Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur. Semua Tuanku Permaisuri Agong masak sendiri,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Antara menu yang dihasilkan oleh Baginda khas untuk petugas di Hospital Sungai Buloh adalah nasi putih, kari ayam, sayur goreng, telur dadar yang dimasak di istana kemudian dibungkus rapi dan diedarkan kepada petugas berkenaan.

Makanan untuk Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur. Semua Tuanku Permaisuri Agong masak sendiri.
View image on TwitterView image on Twitter
12.3K people are talking about this


Manakala, nasi goreng ‘cheminahsayang’ dan sambal tumis bilis serta kek muffin menjadi menu untuk petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, ramai wargamaya yang memuji tindakan baginda yang sangat prihatin.

Malah, ada juga yang tidak sabar mahu merasa air tangan masakan baginda.

“Bestnya memasak ni kan. Bukan hanya orang nak kahwin je belajar masak but masak ni sesuatu yang kita boleh sumbangkan di waktu yang memerlukan. Raja Permaisuri Agong beri saya inspirasi untuk belajar memasak dan berkhidmat untuk masyarakat waktu memerlukan macam waktu ni,” luah seorang wargamaya.

“semoga keluarga Tuanku Permaisuri Agong dimurahkan rezeki. Terima kasih,” doa seorang wargamaya. -gempak.com-