,

Sweetnya Ucapan Wan Azizah Untuk Anwar Ibrahim, Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-40


Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40 tahun.

Menerusi laman sosial Instagram, kedua-dua pemimpin tersebut memuat naik foto bersama untuk tatapan umum.

“Biar ribut dan badai datang melanda, biar hujan dan panas, namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa,” tulis Wan Azizah menerusi ruangan kapsyen.


Anwar juga tidak ketinggalan memberikan ucapan romantis buat isterinya.

“40 tahun kebaikan, 40 tahun keberanian, 40 tahun kesetiaan, 40 tahun kekuatan. Segala yang saya ada hari ini kerana cinta hati saya. Selamat ulang tahun perkahwinan Wan Azizah, semoga Allah panjangkan usia perkahwinan kita,” tulis Anwar sebagai kapsyen.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut meraikan pasangan bahagia ini dengan ucapan doa.

“Suri tauladan sepanjang hayat. Dunia hanya sementara namun nilai-nilai kebaikan yang kuat ini tentu akan dicatat sejarah,” komen seorang wargamaya.

“Doakan saya dapat isteri yang setia macam Dr. Wan Azizah,” pinta seorang wargamaya.

“Contoh wanita srikandi Islam. Selamat ulang tahun perkahwinan kepada kalian berdua, semoga kekal hingga ke syurga,” doa seorang wargamaya lagi.

Sedikit info, Anwar dan Wan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.

-artikel gempak.com-