Perkara itu dibangkitkan oleh seorang netizen di laman Twitter yang mengatakan Siti tidak mengucapkan takziah kepada BCL disebabkan kesibukan mempromosi muzik video.
Namun begitu, netizen terbabit telah menjumpai komen Siti mengucapkan takziah kepada BCL di laman Instagram dan memohon maaf kerana telah tersilap sangka.
Tidak berdiam diri, pihak pengurusan penyanyi nombor satu negara itu, Rozi Abdul Razak tampil menjernihkan keadaan.
"Mengenal Siti @CTNurhaliza11 dia prihatin, tak kisah di mana menzahirkan rasa tetapi pasti dia tak lupa," tulisnya Twitter.
Mengenal @CTNurhaliza11 dia prihatin, tak kisah di mana menzahirkan rasa tetapi pasti dia tak lupa. twitter.com/joe_starzce/st …
18 people are talking about this
Terdahulu, Ashraf meninggal dunia awal pagi Selasa akibat serangan jantung.
Ashraf dan BCL berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 10 tahun.