Kata Ustaz Hanafiah, kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam semalam ketika penjaga kubur mahu pulang ke rumah.
Ketika mahu menutup pagar, dia didatangi seorang wanita bersama anaknya menaiki motosikal.
Memandangkan pada waktu tersebut tiada lampu di kawasan perkuburan, penjaga kubur terus membawa wanita bersama anaknya itu menziarah kubur Abam.
Bertanya kepada wanita itu tujuan kehadirannya ke kubur, dia menceritakan kebaikan yang mana sepanjang hayatnya, Allahyarham menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya.
Tambah Ustaz Hanafiah itulah kelebihan bersedekah apabila ramai mengingati kebaikan kita ketika tiada lagi di dunia.
Beliau juga sempat berkongsi pengalaman ketika solat jenazah Allahyarham Mr Os dan Pak Yus apabila ramai menghadiri pemergian mereka seperti mana pemergian Abam.
Katanya, beliau meminta masyarakat mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarham iaitu bersedekah kerana jika kematian itu berlaku, amalan dan persiapan itu adalah bekalan yang akan dibawa.
"Mereka pelawak, kebaikan mereka yang disembunyikan yang kita tak tahu. Selepas kematian mereka baru tahu mereka rajin bersedekah.
"Sedekah ni satu benda yang Allah gembira," katanya.
Sehingga kini, video terbabit telah ditonton oleh lebih 80,000 kali.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia pada Isnin akibat demam panas. -credit to gempak-