,

Fad Asyik Ulang Cakap "Abam Dah Tak Ada” - Luluh Hati Isteri Lihat Keadaan Fad



Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman luluh melihat keadaan suaminya yang terlalu sedih selepas mendapat berita kematian sahabat baiknya, Abam Bocey.

Syahira berkongsi keadaan terkini Fad menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.

“Tak boleh tengok gambar ni, perit tengok daddy macam ni, asyik ulang Abam tak ada dah la, dia tak ada dah.

“Abam separuh jiwa Fad hilang Bam. Abam lepas ni Bocey betul-betul tak ada. Kenapa tak bagitahu yang kali ni last kita bersama. Kami janji kami jaga Dayah dan Amzah. Rehat lah ya, satu masa kita bertemu.



“Sebutir nasi pun tak mahu, dia asyik cek fon dia.

“Kami cipta kenangan manis hari pertama sampai Tokyo dengan anak-anak... Tapi kenangan itu bertukar menjadi kenangan paling pahit. Kami reda, tapi Fad nak sangat peluk cium buat kali terakhir. Doakan sahabat kami Abam moga ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulisnya.


Difahamkan kini mereka dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur.

“Bam... Kitaorang balik hari ini, Sya bawa Fad jumpa Abam ya... Maaf Fad tak penuhi impian Abam untuk kebumikan Abam. Kitorang jauh sangat.

“Kalau Sya tahu Bam, kitorang sanggup tangguh percutian tak berapa sangat ni nak dibandingkankan dengan sakitnya Fad tak dapat peluk Abam buat kali terakhir...” coretnya.


Terdahulu, Fad dan keluarga berada di Jepun untuk bercuti.

Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin. -credit to gempak-