,

Respon Elly Mazlein Bila Nitizen Kata Dia dan Suami Macam Mak Dengan Anak


Pelakon Elly Mazlein, 40, mendedahkan ada pihak yang mendakwa dia dan suami, Mohammad Azlan, 30, kelihatan seperti ibu dan anak.

Elly mendedahkan perkara terbabit menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.

Tidak melenting dengan dakwaan terbabit, Elly menjawab perkara tersebut dengan penuh berhemah.

"Ada yang cakap macam mama dan anak... Kepom suka. #JanganCepatAmbilHatiDenganKataKataOrang," tulisnya ringkas.

Di ruangan komen, rata-rata peminat menyelar tindakan pihak yang memberikan pendapat tersebut.

"Taklah. Tak macam mama dengan anak pun... Sesuai sangat-sangat. Abaikan mulut-mulut longkang. Moga Kak Lina bahagia ke jannah," tulis pengguna bernama @rohanaanisa.

"Peduli cakap orang yang penting suami sayang Kak Lina," tulis @ariani_mk.

"Ye ke.. Tak ada pun. Yang cakap tu mungkin mata dia senget agaknya," ujar @maszturamasz7.

"Age is just a number. Rezeki Kepom Allah berikan. Yang penting Kepom makin bahagiaaaa. Kita suka!" sahut @its_azma.

"Buta perut orang tu Kak Lina oii... Kami tengok elok jer. Orang tu jeles gamaknya," tulis @iammrsnawa.

"Orang tu dengki Kak Lina," kata @dhappyheart.hq.

Elly selamat menamatkan zaman ibu tunggal dengan jejaka yang bertugas sebagai guru subjek Geografi itu pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.-credit to gempak.com-