Menurut Siti, selain bersenam, mereka sering mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat terutamanya di waktu pagi.
"Suami saya memang seorang yang suka menjaga pemakanan, jadi lama kelamaan, saya pun terikut cara dia.
"Biasanya, setiap pagi kami akan makan bawang putih bersama madu, ia sangat baik untuk kesihatan secara menyeluruh.
"Walaupun kedengaran agak pelik, tetapi rasanya masih boleh dimakan, itu petua suami saya dan saya pun sudah mengamalkannya juga," kata Siti kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Cindai ini akan mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour, ia akan bermula pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket konsert ini (selain Royal Albert Hall), sila layari www.myticket.asia.