Meskipun sudah hampir seminggu berlalu, namun kontrtoversi mengenai Emma Maembong membuka tudung masih lagi menjadi bualan ramai. Tidak kurang, ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak mengambil kesempatan diatas kontroversi tersebut.

Sejak semalam tular di media sosial gambar wanita mirip Emma berpakaian seksi di dalam sebuah bilik. Menerusi Instagram @sisturz_stalker, ada pihak menghantar gambar itu namun tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut kerana ia mungkin gambar palsu menggunakan teknik ‘superimpose’.

BACA: Unfollow Di Instagram, Hubungan Emma & Syed Putus?


Berhubung isu tersebut, menerusi Insta Story Emma menafikan wanita di dalam foto tersebut adalah dirinya. Katanya lagi, jelas sekali gambar tersebut telah diedit dan dia juga tidak faham mengapa ada pihak di luar sana yang gigih mahu memburukkan namanya.



“Tiba-tiba ada viral pula la korang edit gambar saya. Benda simple je, kalau salah saya kalau itu gambar saya, saya mengaku, tapi kalau dah bukan nampak ketara orang edit tengkuk saya berbeza. Gigih korang edit gambar saya. Tapi saya tak kisah pahala dapat dekat saya,” katanya.

Apa pun jelas sekali gambar tersebut adalah palsu dan apa yang pasti pihak tidak bertanggungjawab itu sememangnya mempunyai niat untuk mencalarkan imej Emma. -rotikaya-