Pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Elfira mengambil kesempatan meminta peminatnya supaya mendoakan ibadahnya dan suami di tanah suci dipermudahkan serta memohon maaf atas segala khilafnya.
"
Alhamdulillah saya telah selamat tiba di Tanah Suci Mekah dan akan melakukan umrah yang pertama sekejap sahaja lagi.
"Walauapa jua silap El pada anda, ampun maaf diminta.
"Doakan supaya ibadah umrah kami diterima, umrah yang mabrur & doa-doa kami juga diangkat. Amin," tulisnya.
Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar Elfira dan suami sentiasa diberi kesihatan yang sihat ketika berada di Makkah dan Madinah.
Elfira Loy dan Faris Khairol Anwar selamat bernikah pada 1 Januari 2019 di Cyberview The Lodge, Cyberjaya. -gempak.com-