"Bumi Bentuk Geosfera, Bukan Bulat Macam Bola" - Dr. Sheikh Muszaphar Tampil Utuhkan Fakta, Sahut Cabaran Suhaim Saad


Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tampil menjawab pertanyaan penyanyi nasyid, Suhaimi Saad berhubung ideologi 'flat earth'.

Jelas Muszaphar, bumi berbentuk geosfera seperti yang disaksikannya ketika berada di angkasa lepas sempena Program Angkasawan Malaysia tahun 2007.

"Sebagai Angkasawan Islam yang ke-9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.

"Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari, setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam.

"Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr. Laungan Azan kedengaran seketika, bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi, melihat Bumi dengan mata sendiri, degupan jantung berhenti seketika, meremang bulu roma, mata tidak terkebil, melihat kebesaran Maha Pencipta .

"Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas. Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana.

"And the Earth is spherical in shape. Geosphere to be exact. Squashed at the poles and bulged at the Equator. Not like a ball but more to an egg," katanya menerusi entri di Instagram.
 
Tambah Muszaphar, sukar untuk mengubah pemikiran individu yang berlandaskan fahaman flat-earth.

"Every human being should go to space if given the opportunity. It changes your perspective on life as a whole. It makes you a true believer on the Creator. The experience is truly amazing and spectacular.

"It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers. But here I am sharing you my experience of what I have seen.

"In the name of Allah it comes from my heart," tambahnya.

Sebelum ini, Suhaimi mencabar Muszaphar untuk bersumpah mengatakan bumi itu sfera dan berjanji akan menhentikan kajiannya.

Sementara itu, entri Muszaphar pagi tadi mendapat respons daripada Suhaimi yang berterima kasih atas pandangan itu.

"#respon #tanpa #sumpah. BTW, TQ Dr sebab sudi respon," tulisnya.

 
Suhaimi terus menerus dihujani komen berbaur kecaman dan sindirian daripada netizen yang merasakan pertikaian itu tidak seharusnya dibangkitkan.

Credit to gempak.com