Video Hampir Bercium, Peminat Dakwa Fasha Sandha & Aidil Aziz Sudah Bernikah?


Pasangan merpati dua sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz sekali lagi mencuri perhatian umum apabila memuat naik sepotong video beraksi mesra di Instagram.

Menerusi akaun milik Fasha Sandha, pasangan itu memaparkan aksi manja saling berpandangan sesama sendiri.

"Hari-hari kasih sayang sedunia. Terima kasih," tulis Fasha menerusi entri yang dimuat naik semalam, 14 Februari.

 
Aidil turut mengemaskini gambarnya di Instagram bersama Fasha yang memegang sejambak bunga ros merah semalam.

"Hari-hari adalah hari utk si Dia. Hargailah “Kekasih” selagi bernyawa. Sayangi, lindungi & bimbinglah dia. Moga kasih sampai ke Syurga.

"Terima Kasih @fashasandha untuk segalanya," tulis Aidil romantis.

Sementara itu, selain menyelar aksi mesra pasangan yang baru melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu itu, ada antara komen yang ditulis pada video tersebut mendakwa Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga.

"Dia dah nikah. So dah sah. Tolong jangan kecam," tulis salah seorang pengguna.




Tidak dapat disahkan kepastian khabar angin itu, namun pasangan itu pernah mendedahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Mac depan.

Credit to gempak.com