Berita duka buat Dewi Remaja 2018/2019, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan atau Haneesya Hanee kerana gelaran Dewi Remaja yang dimenanginya pada Ahad yang lalu telah dilucutkan. Gelaran Dewi Remaja itu ditarik balik selepas tersebarnya kontroversi video yang memaparkan aksi Haneesya dan rakannya di sebuah kelab malam.
Seperti yang dilaporkan oleh UtusanOnlie, editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkata gelaran itu ditarik selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang itu telah melanggar syarat penyertaan.
“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tandatangani di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,”
Dengan keputusan ini, Haneesya juga dilarang menggunakan sebarang gelaran finale Dewi Remaja bagi karier mereka di masa depan. Dalam masa sama, tahun ini juga tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan tersebut. -hangat.com-