‘Isteri’ Zul Ariffin Luah Rasa Kecewa Terhadap Orang Islam


Biarpun Zul Ariffin sudah menafikan kontroversinya dengan seorang model Ukraine, Tanya Glembotska, namun isu itu masih hangat diperkatakan. Terbaru Tanya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir orang Islam.


“Pertama sekali, terima kasih kepada segelintir Muslim kerana malukan saya. Sebagai penganut Kristian yang ingin mendekati Islam, saya terharu dengan usaha anda. Saya suka menari dan seorang penari tapi semuanya sudah berlalu” 

“Saya berasal dari negara yang tidak mendiskriminasi seseorang kerana meminati sesuatu, contohnya menjadi penari. Maaflah kalau pakaian saya menjolok mata, saya orang Ukraine, beragama Kristian, bukan Melayu atau Muslim”

“Bukan ke dalam Quran kita tidak boleh menjatuhkan maruah orang? Anda memalukan imej sendiri dengan pandangan sebegitu. Saya maafkan semua, tak menilai sesiapa, semoga semuanya baik-baik saja,” tulisnya.

Difahamkan Tanya baru sahaja meletakkan akaun Instagramnya pada mode public, dan memuat sekeping gambarnya berserta luahan kecewa terhadap pihak yang memalukannya terutama orang Islam yang memandang serong kepadanya.

Turut menarik perhatian netizen adalah tanda ‘suka’ daripada akaun Instagram Zul terhadap posting yang dimuat naik oleh ‘isterinya’ itu. Apakah sebenarnya hubungan mereka berdua? (rtky/w)