Alicia Amin Sindir, 'Dewi Remaja Patut Tukar Jadi Muslimah Remaja'


Sebentar tadi bekas Dewi Remaja 2018/2019 terpaksa akur dengan keputusan pihak penganjur untuk menarik semula gelaran itu darinya. Walaupun perit untuk mengembalikan mahkota serta hadiah kemenangan yang sekian lama diusahakan, namun Haneesya akan terus bangkit dalam karier seninya.


Di sebalik penarikan semula gelaran tersebut, ada yang kurang bersetuju dan menganggap keputusan ini tidak adil.

Bagi pelakon dan seorang bekas peserta Asia’s Next Top Model (Musim Ke-5), Alicia Amin misalnya mempertikaikan keputusan itu sekiranya ia berpunca dari kontroversi video yang memaparkan aksi Haneesya dan rakannya di sebuah kelab malam.


“Jika Dewi Remaja menarik balik gelaran tersebut kerana hal ini , maka mereka patut tukar gelaran ini kepada “Muslimah Remaja”-
” Tak payah nak acah muslimah sangat la. Ini adalah hiburan”- katanya di Instagram Stories

Alicia berkata, tiada apa yang salah sekiranya peserta meraikan kemenangan di atas pencapaian yang dikecapi.




Haneesya atau nama sebenarnya  Sharifah Haneesya Sayed Sahlan hanya sempat menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 kurang dari 72 jam  yang dimenanginya pada Ahad yang lalu. -hangat.com-