Sufian Suhaimi Dikecam Teruk Kerana Rasis?

Baru-baru ini, Sufian Suhaimi memuat naik gambar beliau yang sedang mengikat tali kasut. Ada komen-komen dari netizen yang mengecam teruk pada gambar tersebut.



Dikatakan Sufian telah dikecam teruk kerana netizen bengang dengan kapsyen yang digunakan. Kapsyen ini berbaur rasis dimana tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu. Lebih-lebih lagi Sufian merupakan pemegang Ijazah Sarjana yang patut tahu akan penggunaan perkataan tersebut.


Kuasa netizen mengecam teruk, penyanyi ini telah meng’edit’ kapsyen pada gambar tersebut. Ingatkan isu ini berakhir rupanya belum lagi dimana netizen masih lagi memarahi dan mengecam Sufian. Dimana permohonan maaf atas kesalahan menggunakan perkataan itu. Nampak seperti ingin lepas tangan.



Ada juga netizen mengatakan yang karier penyanyi ini bakal berakhir tidak lama lagi. Pihak kami berharap agar Sufian lebih berwaspada dalam menggunakan perkataan dalam setiap gambar yang akan dimuat selepas ini. Mungkin ianya sekadar perkataan tetapi bukan pada peminat atau netizen di luar sana. -hangat.com-