Keahlian Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain 'terhenti serta merta' daripada parti itu hari ini.
Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini, kelima-lima mereka "dihentikan keahlian serta merta" atas alasan duduk di blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.
Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.
Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut 'digugurkan'.
Mahathir merupakan pengerusi Bersatu, manakala Mukhriz merupakan timbalan presiden parti itu.
Menurut surat berkenaan, keputusan dibuat berdasarkan artikel 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu yang menyatakan status individu sebagai anggota akan dihentikan serta-merta sekiranya didapati menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan parti atau secara rasmi bergabung dengan parti politik lain.
Menjawab pertanyaan media, seorang pembantu kepada Mahathir berkata bekas perdana menteri itu meninggalkan pejabatnya di Putrajaya dan belum melihat salinan surat berkenaan.
Pecat atau tidak?
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata Mahathir dan empat yang lain tidak dipecat, sebaliknya keahlian mereka gugur apabila menyertai blok pembangkang.
"Apabila mana-mana ahli parlimen Bersatu memilih untuk menyertai kelompok yang bukan bersama parti sendiri dalam parlimen, maka secara automatik keahlian mereka gugur. Ia bukan satu perkara mengejutkan.
"Saya mahu tegaskan bahawa mereka tidak dipecat. Tetapi mereka keluar hasil tindakan sendiri. Sebagai perbandingan, apabila seseorang itu dengan sendiri berjalan keluar dari rumah, dia bukan dikeluarkan dari rumah itu.
"Tetapi tindakan dia sendiri menyebabkan secara automatik dia berada di luar rumah. Itulah yang berlaku dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan.
Khabar angin mengenai rancangan menyingkirkan Mahathir dan penyokongnya berlangsung sejak awal bulan ini dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu - yang kemudian ditangguhkan - dipercayai akan menyokong keputusan itu.
Bagaimanapun Rafique Rashid Ali, yang merupakan penasihat undang-undang kepada beberapa pemimpin Bersatu, berkata Wan Saiful tidak faham perlembagaan parti, mahupun undang-undang dan hak keperlembagaan Ahli Parlimen.
“Sejak bila Bersatu dan PN merupakan gabungan? Sejak bila ‘Principled Five’ meninggalkan parti atau menyertai parti lain? ”soal beliau.
Bersatu berpecah selepas 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan presiden partinya, Muhyiddin Yassin mengetuai majoriti pemimpinnya membentuk Perikatan Nasiona (PN).
Mahathir merancang untuk melakukan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan duduk di bangku pembangkang bersama empat anggota Parlimen Bersatu yang lain semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Sumber : Malaysiakini