,

Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Bermula Minggu Depan Dengan Syarat...


GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid dan surai mulai minggu depan, tetapi jumlahnya terhad kepada 15 jemaah pada satu-satu masa.

Mufti negeri, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata semua masjid dan surau perlu mematuhi penjarakan sosial dan peraturan pembersihan ketat.






“Kami dibimbing peraturan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) berhubung solat berjemaah dan upacara pengebumian ketika Covid-19.”

Wan Salim berkata, semua masjid dan surau akan diberikan prosedur operasi standard khas bagi mengurangkan kemungkinan penularan Covid-19.

Katanya, keputusan membuka semula masjid dan surau untuk solat Jumaat dibuat pada 14 Mei lalu oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid negeri.

Sumber : freemalaysiatoday