,

(Video) Sherry Alhadad Jadi Britney Spears, Hit Me Baby One More Time!


Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mencuri tumpuna wargmaya apabila tampil sebagai bintang pop terkenal Britney Spears menerusi muzik video Baby One More Time.

Menerusi laman sosial Instagram, Sherry memuat naik parodi video muzik tersebut untuk tatapan umum.

“Stay at home, my loneliness is saving me. Bak kata kak @britneyspears. Clip video bajet takda,” tulis Sherry sebagai kapsyen.






Berkongsi video berdurasi lebih satu minit itu, Sherry mengenakan rambut palsu pendek bewarna perang dan memakai seragam sekolah mirip pakaian yang dipakai oleh Britney di dalam video muzik sebenar.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya terhibur dengan aksi Sherry semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Hey, awak buat akak terbarai di sini!” komen pelakon Erra Fazira.

“Hebatlah you siap buat bunyi jam dan music,” puji pelakon Nadia Aqilah.

“Bahahaha saiton!” usik pengacara Zulin Aziz.

“My love is fine ke nyeh?” tanya pelakon Sharifah Amani.


-gempak.com-