,

Ustaz Ebit Lew Masuk Tapak Pembinaan Hulur Bantuan Buat Warga Asing


Umum mengetahui Ustaz Ebit Lew antara pendakwah yang kini membantu mereka yang ditimpa kesusahan dan kesempitan hidup. Disaat negara dilanda wabak COVID-19, Ustaz Ebit terus tampil menghulurkan bantuan kepada pasukan barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Susulan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan rakyat kita sahaja yang terjejas malah pekerja-pekerja tapak pembinaan warga asing turut tidak mempunyai pendapatan ekoran mendapat gaji hari dari majikan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit meluahkan rasa kasihan apabila mendengar ramai pekerja warga asing ada yang sudah putus asa dengan hidup kerana tiada pendapatan dan kelaparan kerana teputus bekalan makanan.

Menurutnya, duit gaji mereka sebelum ini sudah dihantar ke kampung dan tiada wang untuk meneruskan hidup. Lebih sedih ada yang mempunyai bayi kecil dan terpaksa hidup bersesak di tapak pembinaan.





Tidak hanya berpeluk tubuh, pendakwah itu tampil mengagihkan puluhan kampit beras serta set keperluan makanan lain beserta lampin untuk mereka meneruskan kehidupan. Ustaz Ebit turut sebak apabila ada diantara mereka mengenali dirinya dan mengakui sering mendengar ceramahnya.



Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit yang tidak pernah pilih kasih dalam menghulurkan bantuan walaupun mereka semua adalah warga asing. Netizen turut mendoakan agar segala urusan pendakwah itu dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. -rotikaya.com-