Berkongsi perkara terbabit di laman Instagram, Elly yang popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom mahukan kejujuran daripada pengikutnya.
"Assalamualaikum. Kakak Lina ada dapat banyak DM yang minta bantuan. Insya-Allah Kakak Lina cuba bantu apa yang patut.
"Tapi malangnya terlalu banyak fake account sampai Kakak Lina tak tahu siapa yang benar-benar memerlukan.
"Mohon sangat di waktu ini kejujuran yang Kepom minta," tulis Elly di laman Instagram.
Tambah pelantun lagu Pendita Penipu ini, dia kasihan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
"Kesian kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Ada juga minta bantuan tapi private Instagram.
"Di waktu ini bersama-samalah kita bertimbang rasa, prihatin dan jujur ya. Kepom tak minta banyak, hanya kejujuran.
"Kepom sayang dan prihatin. Sayang kamu semua dan akhir sekali doakan Kepom dan keluarga ya," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Elly dan berharap pihak yang meminta bantuan jujur dalam memberi maklumat.
Pengikutnya juga turut berpesan agar Elly tidak sewenang-wenangnya memberikan bantuan kepada mana-mana pihak yang mencurigakan kerana banyak kes penipuan yang berlaku sekarang. -gempak.com-