"Saya bahagia... ‘Full stop’ (noktah)."
Pendek jawapan pelakon Zara Zya apabila ditanya mengenai pengakuan yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya.
Memetik laporan Berita Harian, Zara mengakui sedang bahagia bersama insan istimewa.
Namun, pelakon ini enggan mendedahkan identiti jejaka yang dikenalinya sejak dua bulan itu.
Alasan Zara, mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Memang saya sudah bertemu seseorang. Sekarang adalah fasa hendak mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Cuma siapa dia? Saya masih belum boleh kongsi sebab semuanya belum pasti.
"Jangan risau, saya pasti akan kongsi berita gembira ini kepada semua. Walau apa pun, saya mohon semua mendoakan kebahagiaan saya," katanya.
Sementara itu, bertanya mengenai komen rakan baik, Jihan Muse yang menyatakan jejaka istimewa terbabit adalah anggota pasukan beruniform, Zara enggan mengulas.
"Saya pun tidak tahu kenapa Jihan komen begitu. Apa pun pekerjaannya, biarlah rahsia. Saya tak berani hendak komen lebih. Cukuplah orang tahu saya sedang gembira," kata pelakon yang mula dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant ini.
Terdahulu, Zara atau nama penuh, Zainurul Razia Mohd Zainuddin membuat pengakuan terbuka di IG mendakwa hatinya sudah kembali terisi.
"Walaupun bidang kita berlainan, pelbagai watak yang saya lakonkan, biarpun pelbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas di hati saya.
"Terima kasih kerana menerima saya seadanya... Saya sangat bahagia sekarang," tulisnya.
Zara pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober tahun lalu, namun, ikatan itu hanya bertahan tiga bulan.
Pasangan yang berkenalan ketika berganding dalam drama Monalisa pada 2017 itu sepatutnya mendirikan rumah tangga, Oktober depan.
Saksikan karya lakonan Zara Zya yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Sumber: Berita Harian