Abu meluahkan isi hatinya itu menerusi coretan di posting terbaru menerusi akaun Instagram miliknya hari ini
Menurut Abu, isu-isu tersebut secara tidak langsung boleh mencalarkan maruah keluarga.
“Hampir setahun isu aku berkaitan rumah tangga ni berlalu tapi dalam setahun isu demi isu timbul berkait dengan aku.
“Satu je word yang aku boleh cakap PENAT. Aku penat nak berhadapan dgn benda-benda viral yang negatif berkait dengan diri aku.
“Bila aku viral tahun lepas honestly aku kecewa dengan diri aku sebab aku dah calarkan maruah keluarga aku especially ayah aku yang aku boleh consider orang yang dikenali di kawasan aku tinggal.
“Kalau aku ni jenis sebatang kera tak apa juga. Tapi kecewa sebab masih ada keluarga jadi apa yang berlaku mereka akan terpalit.
“Aku sajalah nak sebut supaya korang semua faham, aku bukan seorang ustaz. Aku tak layak diangkat sebagai role model untuk masyarakat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abu juga turut memberi penjelasan mengenai status gelaran Pencetus Ummah yang diterimanya.
“Title PU tu pun kebetulan, aku masuk satu pertandingan anjuran Astro kemudia aku dapat tu pun terkeluar waktu semifinal.
“Kalau korang masuk pun ada rezeki korang boleh dapat title tu. Aku akui tindakan aku telah memberi tanggapan negatif pada kawan-kawan aku yang lain sebab tu aku tak suka dan tak nak dipanggil 'ustaz Abu' atau 'PU Abu'.
“Lepas aku viral, bila hadir mana-mana program orang tanya aku ni PU Abu ke? Aku jawab tak pelanduk dua serupa.
“Sebab apa? Sebab aku sendiri pun malu dengan diri sendiri. Aku kongsi dekat orang ilmu aku yang sikit ni dengan harapan benda tu boleh bantu kat akhirat nanti. Itu je, tak lebih untuk orang panggil aku ustaz.
“Aku kadang-kadang terfikir kenapa manusia ni suka double standard menilai manusia yang lain, ada orang tu mohon maaf selepas hina rakyat Kelantan terima sebagai permohonan maaf.
“Aku buat salah kemudian mohon maaf dikatakan playvictim. Tak adilnya. Aku ni jenis tak pandai nak cetus isu untuk dapatkan pengikut.
“Sebab tu aku selalu sebut dalam live, pengikut yang aku ada ni pun hasil dari perbuatan aku yang tak baik.
“Aku harap masyarakat boleh bagi aku ruang untuk buat benda baik. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.
“Apa pun aku mohon maaf sekali lagi pada seluruh rakyat Malaysia diatas apa yang aku buat selama ni ye,” coretnya.
Terdahulu, tindakan PU Abu memuatnaik video TikTok bersama adik-beradiknya menjadi kecaman netizen hingga ada yang meminta agar Abu menggugurkan gelaran 'Pencetus Ummah' yang diterimanya sebelum ini.-gempak.com-