Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Facebooknya.
Menurut individu tersebut, menu makanan yang dimuat naik oleh pelajar berkenaan sebenanrya tidaklah teruk.
"Macam lebih kurang makanan yang kami petugas makan lepas buat pensampelan.
"Kadang-kadang kena dengan selera, kadang-kadang tidak.
"Tapi kita belajarlah bersyukur. Terima la seadanya dalam keadaan ini, apatah lagi kalau makanan percuma yang disediakan," katanya.
Tambahnya, mungkin pelajar itu selama ini tidak pernah makan nasi 'dingin' berlaukkan telur goreng.
"Mungkin di rumahnya hari-hari lauk ikan mahal-mahal atau daging masak berlado.
"Sampaikan bila makan lauk yang biasa-biasa, sanggup dia up kan di Twitternya. Bila generasi baru tak pernah rasa susah dalam hidup, dapat yang kurang sikit je pun, dia akan mengeluh dan mengkritik.
"Dia akan tolak makanan ni ke tepi tanpa rasa malu. Dikutuknya pula makanan tersebut," katanya.
Jelasnya, dia berharap pelajar tersebut bersyukur dengan rezeki yang diterima.
"Hasil penat lelah penanam padi, hasil penternak ayam, hasil tukang masak bertungkus lumus memasak untuk berapa ramai orang.
"Kalau kesusahan masa Covid-19 ni tak mampu menginsafkan kita, nak tunggu musibah macamana baru kita nak bersyukur," katanya.
Sehingga kini telah menerima perkongsian sebanyak 3,700 kali.
credit to gempak.com