,

Kutuk Netizen 'Kg.com' & 'Sekolah Tak Siap', Sharifah Zarina Mohon Maaf


Penyanyi Sharifah Zarina memohon maaf secara terbuka selepas melabelkan segelintir netizen sebagai 'kampung' dan 'tak sekolah'.

Kata Zarina, dia bimbang perkara itu akan meleret dan menyinggung pihak lain.

"Dengan rendah diri dan ikhlas, saya mohon maaf jika ada menyinggung perasaan sesiapa saja.

"Ajal tak tahu sampai bila. Semoga kita semua dilindungi Allah," tulisnya menerusi akaun Instagram pada Khamis.

Terdahulu, Zarina menerusi ruangan komen di status Facebook melabelkan segelintir netizen yang sering mengutuk artis sebagai 'kg.com'.

"Scroll je FB semua cerita kutuk artis. Tapi yang kutuk tu kebanyakannya yang kg.com yang sekolah tak siap.

"Macam mana tau? Baca dari cara penulisannya melambangkan tahap mentalitinya," tulis Zarina.
 


Bagaimanapun, ruangan komen akaun Instagramnya itu masih dihujani komen yang masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf itu.


credit to gempak.com