Berbeza 30 tahun, Nadine dan kekasihnya, Tiaga Ramos tanpa berselindung berkongsi khabar terkini mengenai mereka.
Malah Neymar, 28, merestui hubungan ibu dan remaja berkenaan.
"Ibu bahagia, sayang kamu," tulis Neymar berserta emoji hati pada foto ibunya.
Ramos, 22, merupakan gamer dan menjadi salah seorang pasukan game 4K Easy, juga bekerja sebagai model sambilan.
Sebelum menjalinkan hubungan dengan Nadine, Ramos adalah peminat Neymar dan pernah mengirimkan pesan kepada pemain pasukan kebangsaan Brazil itu sekitar tiga tahun lalu.
Nadine berpisah dengan bapa Neymar, Wagner Ribeiro pada 2016 selepas berkahwin selama 25 tahun. -gempak.com-